Thursday, October 28, 2010

Buang Bayi??..Apa Salah Bayi Itu???

MALAYSIA dengan bangganya menuju ke alat baru dari hari ke hari.Namun,mereka lapa dan leka dengan masalah-masalah sosial yang terjadi di kalangan remaja masa kini.Saban hari, telinga kita selalu saja terdengar tentang kes pembuangan bayi di merata tempat,di dalam tanda,stesen bas, di dalam longkang dan lain-lain tempat tanpa ada belas kasihan.

Mereka sanggup membuang bayi dikandungkan selama 9 bulan itu semata-mata hanya untuk menyembunyikan perbuatan dusta itu daripada masyarakat sekeliling kerana takut diejek,dihina dan dicaci.Masyarakat sekeliling hanya mampu menggeleng kepala dan berpeluk tubuh dengan masalah ini.Mereka hanya mampu menunding jari terhadap remaja kerana remaja selalu terlibat dengan pergaulan bebas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa agar bapa kepada bayi malang itu juga wajib diseret ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sama. Hukuman maksimum 20 tahun penjara tidak memberi kesan kepada ‘pembunuh bayi’ ini. Hukuman itu wajar dikaji tetapi biarlah ia amat setimpal dengan tahap perlakuan jenayah itu. Kesalahan membunuh berakhir di tali gantung, maka kesalahan membuang bayi juga patut menerima hukuman yang sama.[1] Kes buang bayi boleh disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Bayi juga adalah insan yang inginkan kasih sayang seperti manusia lain. Remaja lelaki dan perempuan yang terlajak melakukan zina tidak seharusnya membuang bayi tersebut. Wanita ini pastinya tidak bersedia menjadi ibu atau tidak mahukan bayi berkenaan. Tanpa berfikir panjang, mereka sanggup membuang, malah membunuh anak yang mereka lahirkan. Punca kepada perlakuan buang bayi bukannya bermula di pihak wanita sahaja tetapi jelas punca angkara tidak berperikemanusiaan itu datang daripada kedua-dua bapa dan ibu.
Punca-punca Berlakunya  kes pembuangan bayi ialah pengaruh dunia siber. Remaja sekarang selalu sahaja menghabiskan masa-masa terluang mereka dengan  melayari internet.Mereka selalu mengambil kesempatan dengan menonton video-video lucah yang ada di internet.Mereka selalu saja mengambil kesempatan tersebut apabila ibu-bapa tiada di rumah atau berada keseorangan di dalam bilik.

Antara faktor-faktor terjadinya kes pembuangan bayi ini ialah:-


1. Liputan Meluas Media
  • Melalui TV khususnya, hampir tiap hari melaporkan mengenai kes pembuangan bayi. Ironiknya, mengapa kes begini mendapat liputan begitu meluas? Sedarkah melalui liputan berterusan dan kes terbaru mengenai isu ini seolah sebagai dorongan kepada pesalah untuk terus melakukan kesalahan tersebut.
2. Masyarakat
  • Jiran tetangga, sikap kekolotan fikiran dan sifat mengutuk yang mendalam. Sukar menerima sekiranya seseorang gadis mengandungkan anak luar nikah dan suka mengutuk. Sokongan dan belas kasihan kepada mangsa langsung tidak pernah dihiraukan. Kutukan dan sumpahan yang meleret dilemparkan.
3. Trend
  • Kejadian ini bukan lagi asing kepada masyarakat kita. Si pesalah seolah terikut mencari alternatif terakhir dengan membuang bayi sepertimana kejadian sebelumnya.
4.  Kurang Didikan Agama
  • Kurang didikan agama merupakan salah satu punca lain yang membawa kepada gejala pembuangan bayi. Ibu bapa,jiran tetangga dan masyarakat memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak muda agar menjadi insan yang berakhlak tigggi selaras bagi melahirkan modal insan yang berguna. Kekurangan didikan agama menjadikan remaja tidak tahu membezakan antara halal dan haram serta akibat daridapa tingkahlaku tiada faedah mereka. Oleh kerana tiada ilmu di dada, maka mereka terlibat dalam kancah seks bebas tanpa mengenal dosa. Tidak cukup dengan melakukan satu dosa ditambah pula dosa membuang anak yang tidak sempat menatap wajah ibu bapanya sendiri. Apa yang lebih menyayatkan hati, anak-anak tersebut di buang tanpa rasa bersalah, belas kasihan serta sifat keperimanusiaan sebagai seorang ibu kepada anak kecil tersebut. 
Kes-kes yang Terjadi di malaysia:-


113 Februari 2010, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai menemui bayi lelaki rentung dalam tong sampah di belakang sebuah bank. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar.







2. 10 Februari 2010, seorang bayi perempuan diletakkan di hadapan rumah Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Yan, Asisten Supritendan Abdul Rauf Md. Johar di Taman PKNK, Alor Setar. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Fiesal Libertus Abdullah melihat bayi itu cukup sifat. Bayi itu lengkap berpakaian dan diselimuti dengan kain lampin berwarna putih




3. 10 Februari 2010 - mayat bayi perempuan sedang dihurungi semut di pintu pagar Masjid Permatang DuyongMelaka. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman menyatakan bayi itu cukup sifat dan masih bertali pusat.




Nasihat saya kepada bakal si pembuang bayi & yang telah melakukannya. Kami remaja-remaja tidak mahu turut sama menuding jari kepada anda, sebaliknya tumpukan kepada beberapa perkara yang kami ingin kongsikan bersama anda yang berada di luar sana.
  • Anda tahu apa yang anda lakukan, salah atau betul terpulang kepada anda.
  • Jika bayi itu tanda cinta anda, mengapakah harus dibuang “cinta” itu?
  • Selama 9 bulan bayi itu dalam kandungan, kenapa anda tidak mampu bersabar dalam membelanya selama 9 jam, 9 hari, 9 bulan lagi dan seterusnya?
  • Adakah hidup anda terjamin akan bertambah lebih baik dan sempurna setelah melakukan kejadian itu?
  • Pernahkan anda bermimpi/terkenang akan tindakan anda sebelum ini?
  • Andai dapat putarkan kembali masa, adakah anda akan terus bersama dengan pasangan anda kini?
  • Bagaimana anda mahu percaya kepada pasangan yang sanggup melakukan perkara sedemikian.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting dalam membendung masalah ini dan tidak mengamalkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Isu pembuangan bayi ini bukan lagi isu remeh dan semua pihak harus memandang serius terhadap masalah ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti,inovasi dan kreatif bagi mencapai Wawasan 2020.

Gambar-gambar bayi yang telah dibuang Tanpa belas kasihan:-






























Adakah anda sanggup Lihat bayi-bayi yang lain terjadi begini??..Mari kita sama-sama tunjukkan tindakan kita sebagai remaja.


No comments:

Post a Comment