Sunday, October 31, 2010

Kempen Kes Pembuangan Bayi

Lagu ini dinyanyi oleh artis-artis yang menyokong kempen kes pembuangan bayi.Kempen ini dinamakan "KEMPEN KAMI PRIHATIN"Kempen ini telah disokong sendiri oleh Datuk Shahrizat iaitu Kementerian Pembangunan Wanita Dan Masyarakat.Mari kita dengar sama-sama lagu ini.Terima kasih.

Thursday, October 28, 2010

Buang Bayi??..Apa Salah Bayi Itu???

MALAYSIA dengan bangganya menuju ke alat baru dari hari ke hari.Namun,mereka lapa dan leka dengan masalah-masalah sosial yang terjadi di kalangan remaja masa kini.Saban hari, telinga kita selalu saja terdengar tentang kes pembuangan bayi di merata tempat,di dalam tanda,stesen bas, di dalam longkang dan lain-lain tempat tanpa ada belas kasihan.

Mereka sanggup membuang bayi dikandungkan selama 9 bulan itu semata-mata hanya untuk menyembunyikan perbuatan dusta itu daripada masyarakat sekeliling kerana takut diejek,dihina dan dicaci.Masyarakat sekeliling hanya mampu menggeleng kepala dan berpeluk tubuh dengan masalah ini.Mereka hanya mampu menunding jari terhadap remaja kerana remaja selalu terlibat dengan pergaulan bebas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa agar bapa kepada bayi malang itu juga wajib diseret ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sama. Hukuman maksimum 20 tahun penjara tidak memberi kesan kepada ‘pembunuh bayi’ ini. Hukuman itu wajar dikaji tetapi biarlah ia amat setimpal dengan tahap perlakuan jenayah itu. Kesalahan membunuh berakhir di tali gantung, maka kesalahan membuang bayi juga patut menerima hukuman yang sama.[1] Kes buang bayi boleh disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Bayi juga adalah insan yang inginkan kasih sayang seperti manusia lain. Remaja lelaki dan perempuan yang terlajak melakukan zina tidak seharusnya membuang bayi tersebut. Wanita ini pastinya tidak bersedia menjadi ibu atau tidak mahukan bayi berkenaan. Tanpa berfikir panjang, mereka sanggup membuang, malah membunuh anak yang mereka lahirkan. Punca kepada perlakuan buang bayi bukannya bermula di pihak wanita sahaja tetapi jelas punca angkara tidak berperikemanusiaan itu datang daripada kedua-dua bapa dan ibu.
Punca-punca Berlakunya  kes pembuangan bayi ialah pengaruh dunia siber. Remaja sekarang selalu sahaja menghabiskan masa-masa terluang mereka dengan  melayari internet.Mereka selalu mengambil kesempatan dengan menonton video-video lucah yang ada di internet.Mereka selalu saja mengambil kesempatan tersebut apabila ibu-bapa tiada di rumah atau berada keseorangan di dalam bilik.

Antara faktor-faktor terjadinya kes pembuangan bayi ini ialah:-


1. Liputan Meluas Media
  • Melalui TV khususnya, hampir tiap hari melaporkan mengenai kes pembuangan bayi. Ironiknya, mengapa kes begini mendapat liputan begitu meluas? Sedarkah melalui liputan berterusan dan kes terbaru mengenai isu ini seolah sebagai dorongan kepada pesalah untuk terus melakukan kesalahan tersebut.
2. Masyarakat
  • Jiran tetangga, sikap kekolotan fikiran dan sifat mengutuk yang mendalam. Sukar menerima sekiranya seseorang gadis mengandungkan anak luar nikah dan suka mengutuk. Sokongan dan belas kasihan kepada mangsa langsung tidak pernah dihiraukan. Kutukan dan sumpahan yang meleret dilemparkan.
3. Trend
  • Kejadian ini bukan lagi asing kepada masyarakat kita. Si pesalah seolah terikut mencari alternatif terakhir dengan membuang bayi sepertimana kejadian sebelumnya.
4.  Kurang Didikan Agama
  • Kurang didikan agama merupakan salah satu punca lain yang membawa kepada gejala pembuangan bayi. Ibu bapa,jiran tetangga dan masyarakat memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak muda agar menjadi insan yang berakhlak tigggi selaras bagi melahirkan modal insan yang berguna. Kekurangan didikan agama menjadikan remaja tidak tahu membezakan antara halal dan haram serta akibat daridapa tingkahlaku tiada faedah mereka. Oleh kerana tiada ilmu di dada, maka mereka terlibat dalam kancah seks bebas tanpa mengenal dosa. Tidak cukup dengan melakukan satu dosa ditambah pula dosa membuang anak yang tidak sempat menatap wajah ibu bapanya sendiri. Apa yang lebih menyayatkan hati, anak-anak tersebut di buang tanpa rasa bersalah, belas kasihan serta sifat keperimanusiaan sebagai seorang ibu kepada anak kecil tersebut. 
Kes-kes yang Terjadi di malaysia:-


113 Februari 2010, pekerja Majlis Daerah Kuala Krai menemui bayi lelaki rentung dalam tong sampah di belakang sebuah bank. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar.







2. 10 Februari 2010, seorang bayi perempuan diletakkan di hadapan rumah Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Yan, Asisten Supritendan Abdul Rauf Md. Johar di Taman PKNK, Alor Setar. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Fiesal Libertus Abdullah melihat bayi itu cukup sifat. Bayi itu lengkap berpakaian dan diselimuti dengan kain lampin berwarna putih




3. 10 Februari 2010 - mayat bayi perempuan sedang dihurungi semut di pintu pagar Masjid Permatang DuyongMelaka. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman menyatakan bayi itu cukup sifat dan masih bertali pusat.




Nasihat saya kepada bakal si pembuang bayi & yang telah melakukannya. Kami remaja-remaja tidak mahu turut sama menuding jari kepada anda, sebaliknya tumpukan kepada beberapa perkara yang kami ingin kongsikan bersama anda yang berada di luar sana.
  • Anda tahu apa yang anda lakukan, salah atau betul terpulang kepada anda.
  • Jika bayi itu tanda cinta anda, mengapakah harus dibuang “cinta” itu?
  • Selama 9 bulan bayi itu dalam kandungan, kenapa anda tidak mampu bersabar dalam membelanya selama 9 jam, 9 hari, 9 bulan lagi dan seterusnya?
  • Adakah hidup anda terjamin akan bertambah lebih baik dan sempurna setelah melakukan kejadian itu?
  • Pernahkan anda bermimpi/terkenang akan tindakan anda sebelum ini?
  • Andai dapat putarkan kembali masa, adakah anda akan terus bersama dengan pasangan anda kini?
  • Bagaimana anda mahu percaya kepada pasangan yang sanggup melakukan perkara sedemikian.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting dalam membendung masalah ini dan tidak mengamalkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Isu pembuangan bayi ini bukan lagi isu remeh dan semua pihak harus memandang serius terhadap masalah ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti,inovasi dan kreatif bagi mencapai Wawasan 2020.

Gambar-gambar bayi yang telah dibuang Tanpa belas kasihan:-






























Adakah anda sanggup Lihat bayi-bayi yang lain terjadi begini??..Mari kita sama-sama tunjukkan tindakan kita sebagai remaja.


Ragut!! Ragut!!! Ragut!!

Di dada akhbar,televisyen dan internet, selalu digemparkan dengan jenayah kes ragut bagi remaja.Kaum hawa selalu saja menjadi mangsa ragut, kaum lelaki pun ada juga yang jadi mangsa ragut.jangan tak percaya pula, macam mana lelaki boleh jadi mangsa ragut??..ai..kan ada laki yang jadi nyah..sah-sah la kena ragut juga..hahaha..

Ok..berbalik pada tajuk kita..peragut ni memang x berhati perut langsung, orang simpan duit tu untuk belanja dapur,dya senang-senang saja pergi ragut,.ish..memang tak berhati perut langsung la peragut zaman sekarang ni..Dah brapa ramai orang dah meninggal / mati masa kena ragut.. Kena ragut, jatuh, kena langgar ngan kenderaan lain.. Ada yang kena tikam sebab tak nak lepaskan beg tangan.. Pergh.. Dah la peragut2 ni kebanyakkannya anak2 MELAYU.. X nak kerja.. Smua nk senang.. tak der duit rompak.. Ragut.. Kerja senang la katakan.. aduh!


Faktor-faktor yang menyebabkan Kes jenayah ragut ini berlaku adalah:-


*kurang didikan agama
*kurang kasih sayang ibu bapa
*kekurangan wang
*kesempitan hidup
*Pengaruh rakan sekeliling
*media massa



Terutamanya kepada wanita, sekarang ini wanita perlu lebih berjaga-jaga. Apabila diragut, biarkan sahaja barang-barang diambil peragut tidak guna itu. Jangan sesekali cuba-cuba untuk melawan kerana ia lebih membahayakan diri anda sendiri. Yang penting sekarang ini, nyawa anda. Barisan peragut-peragut durjana di Malaysia sekarang ini, berani mati. Sanggup buat apa sekalipun. Barang boleh dicari. Jaminan keselamatan? Nyawa?
Setiap masalah pasti ada pencegahannya, mungkin anda sendiri boleh menambah mana yang patut daripada senarai tips di bawah bagi menggelakkan anda menjadi mangsa seterusnya kes ragut. Tips elak jadi mangsa ragut :
1) Jangan letak beg tangan di dalam bakul terbuka di dalam motosikal.


2) Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup motosikal.


3) Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kcek


4) Bawa payung untuk melindungi diri dari peragut


5) Berjalan arus bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tempat yang mencurigakan.


6)  Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.


7)  Berwaspada ketika mengeluarkan wang dari mesin ATM atau bank.


8) Jangan pamerkan wang,dompet atau barang kemas di khalayak ramai.


9) Ketika berjalan, rapatkan beg ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.



Gambar Seorang Ibu mengandung yang menjadi mangsa ragut...

 



Apakah cadangan anda??..

Hukuman yang patut dikenakan terhadap peragut durjana??
Komen!!


Wednesday, October 27, 2010

Mat Rempit Jalanan




Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang.

Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan , pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi . Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit . Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. 
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun




Sekatan jalan raya

Sekatan jalan raya oleh polis trafik adalah satu cabaran yang menyeronokkan .Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis. Ada juga yang merempuh sekatan jalan raya. Polis trafik yang bersenjata api dan kayu cota tidak dipedulikan. Ibu bapa dan masyarakat akan menyalahkan polis jika bertindak kasar seperti menendang motosikal yang bergerak laju. Ada juga kes polis yang membaling kayu pada rim tayar yang bergerak laju untuk mengelakkan mereka melarikan diri. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan kerana mangsa akan jatuh dengan parah kerana motorsikal akan terhenti dengan mengejut. Akhirnya pihak penguasa serik memberi kerjasama untuk membendung gejala sosial ini. Sekali lagi ibu bapa menyalahkan polis apabila pejam mata sahaja.

[]Ganjaran

Kebanyakan Mat Rempit masih lagi bersekolah dan tidak memiliki lesen memandu. Terdapat juga yang telah bekerja samaada di sektor awam dan swasta. Mereka bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat 'hadiah' berbentuk wang dan gadis bohsia sebagai taruhan. Bagi menambah kelajuan motosikal, karburetor, pistonbrek , handle, tayar dan lain-lain diubahsuai. Dianggarkan 70% alat ganti tersebut didapati dari hasil motor curi kerana harganya jauh lebih murah berbanding pasaran.







Sanggup mati katak

Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintatik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh 'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal , lapik lutut, topi keledar mahupun insuran nyawa. Ibu bapa yang mengharapkan dan menyayangi mereka dilupakan begitu sahaja. Di Malaysia, mat rempit ini terdiri daripada remaja Melayu.

Teknik menunggang

Teknik menunggang juga diperhatikan dan berubah dari semasa ke semasa. Semakin bahaya, semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi juara. Teknik itu seperti willi, baring, berdiri dan sebagainya.


Langkah penyelesaian

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gelaja "mat rempit" dan perlumbaan motosikal haram. Pelajar berumr 15 hingga 19 tahun merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti sekolah, perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah untuk suatu tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat kerja-kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal dirampas.